Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti Kampung Kanchong dan Kampung Tanjung

Pihak Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dan Komuniti Kampung Kanchong berganding bahu menjayakan Program Anak Angkat bersama pelajar-pelajar KPTM. 😊

Program ini merupakan inisiatif bersama para pelajar KPTM Bangi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kanchong dan Kampung Tanjung, bertujuan untuk merapatkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Ustaz Syahrizal, pensyarah yang tidak pernah jemu membimbing pelajar dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sahsiah mereka. Usaha gigih beliau dalam menjayakan program seperti ini amat dihargai.

Bukan habuan dunia yang dicari, tetapi redha Ilahi yang menjadi dambaan. 🤲

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat serta meninggalkan kenangan dan pengalaman berharga buat para pelajar dan warga kampung. 🤝

Facebook Rasmi Komuniti Kg Kanchong & Kg Tanjung

Scroll to Top