PROGRAM KLINIK BACAAN SOLAT

📌 PROGRAM KLINIK BACAAN SOLAT
(Surah al-Fatihah dan Bacaan Tahiyyat Akhir)
 
Alhamdulillah, program Klinik Bacaan Solat anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Jabatan Pengajian Umum, KPTM Bangi telah berlangsung dengan jayanya pada:
 
📅 2 Oktober 2025 (Khamis)
🕘 12.00 tengah hari – 1.00 petang
📍 Open Hall Kafetaria Kolej
 
Program ini memberi tumpuan kepada bacaan Surah al-Fatihah dan Tahiyyat Akhir, dengan objektif memperbetulkan bacaan mengikut hukum tajwid, memberi kefahaman tentang kepentingan bacaan dalam solat serta membimbing pelajar agar lebih yakin dan sempurna dalam ibadah seharian.
 
🌸 Kehadiran pelajar semester 1 amat memberangsangkan dan pengisian yang dikongsikan memberikan manfaat besar kepada mereka.
 
✨ “Perbaiki bacaan, sempurnakan solat, dekatkan diri kepada Allah SWT.”
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua.
 
Scroll to Top