Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

PROGRAM LIBAT URUS

الٓم ذلِكَ الْكِتابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِلْمُتَّقِينَ
الحمدلله
Malam ni di PROGRAM LIBAT URUS (tertutup) bersama 72 Pentadbir institusi Tahfiz seluruh Negara termasuk dari Sarawak, saya mewakili Tuan Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Bangi Encik Ku Mohd Akhir Ku Saad, diberi pentas berkongsi pengalaman Institusi dalam pelaksanaan PROGRAM PEMERKASAAN HUFFAZ di KPTM Bangi.
 
Program Kami di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bukan untuk melahirkan Huffaz baru tetapi fokus kepada menyediakan kelas Muroja’ah (i’adah) dan menyusun pelbagai aktiviti bersifat nilai tambah kepada pelajar-pelajar yang telah memiliki sijil Tahfiz 30 juzu’ di peringkat sekolah menengah yang menyambung pengajian di KPTM Bangi. Lebih menarik, pelajar-pelajar ini diberi one off RM5000 hadiah siswa sebagai mengiktiraf usaha mereka.
 
Program Anjuran MARA Negeri Selangor ini turut membariskan tokoh-tokoh ilmuan Quran:
1. Dato’ Dr Hj Zulkifle b Haj Ali al Hafiz (Pengarah Jab Agama Islam Pahang)
2. Us Dato’ Azlan Suhaimi al Hafiz (Perak)
2. Dr Muhammad Hafiz Salleh al Hafiz (USIM)
4. PU Hafiz (Selangor)
 
Yang lebih seronok malam ni saya jumpa guru Quran saya di Darul Quran JAKIM (1999-2002), AF Ustaz Abdul Aziz al Hafiz. masih sihat di usia 75 tahun. Moga Allah memberkati Ustaz.
 
Scroll to Top