Program Pemerkasaan Komuniti & Muallaf Masyarakat Orang Asli, Pulau Carey

Sukarelawan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Menyertai Program Pemerkasaan Komuniti dan Muallaf Masyarakat Orang Asli di Pulau Carey.
 
📅 14 Februari 2026
📍 Pulau Carey, Selangor
 
Kakitangan dan pelajar-pelajar Diploma in TESL KPTM Bangi telah menyertai program anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama beberapa agensi kerajaan lain dalam usaha memperkasa komuniti dan muallaf masyarakat Orang Asli di Pulau Carey.
 
Antara aktiviti yang dijalankan oleh pasukan KPTM Bangi termasuk:
✨ Program motivasi
✨ Penganjuran sukaneka
✨ Perkongsian tips pembelajaran subjek Bahasa Inggeris
✨ Kelas Bahasa Inggeris untuk golongan dewasa
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Operasi MAIS, Puan Norlaili Binti Mohamad.
 
Syabas dan tahniah kepada Team Jabatan Bahasa atas komitmen serta semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti. Semoga usaha murni ini memberi impak berpanjangan dan terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik pada masa hadapan.
 
 
Scroll to Top