SEKALUNG TAHNIAH KEPADA IKON USAHAWAN KPTM BANGI YBHG. DATO’ ARIFIN BIN MARZUKI
Seluruh warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Arifin bin Marzuki atas pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Hari Keputeraan Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Beliau merupakan Ikon Usahawan KPTM Bangi serta Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd. Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangan kepimpinan dan sumbangan bakti beliau dalam bidang keusahawanan serta kepada masyarakat.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPTM, khususnya para usahawan muda, untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
Kejayaan beliau merupakan kebanggaan kita bersama.