SEKSYEN PERKHIDMATAN AKADEMIK (SPA) adalah satu unit di Bahagian Akademik yang mengurus dan menyelaraskan hal ehwal penjadualan kuliah pelajar serta urusan yang berkaitan dengan peperiksaan akhir sehinggalah kepada keputusan peperiksaan dan penyediaan transkrip pelajar.
SPA juga mengendalikan pendaftaran pelajar bagi peperiksaan Malaysian University Entrance Test (MUET) yang diadakan tiga kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. KPTM Bangi merupakan salah sebuah pusat bagi peperiksaan MUET.