SELAMAT DATANG KPM BERANANG & KPM BANDAR MELAKA

📅 16 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 Petang
📍 KPTM Bangi
 
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan penuh penghargaan mengalu-alukan lawatan rasmi pelajar daripada Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, Selangor dan KPM Bandar Melaka, Melaka ke KPTM Bangi.
 
Lawatan ini telah diisi dengan sesi pengenalan Program Bachelor of Art (Hons) in Accounting & Finance (BAAF) in Collaboration with Dublin Business School, Ireland, perkongsian maklumat berkaitan penajaan pengajian, pengenalan program dan aktiviti yang dijalankan serta sesi soal jawab bersama wakil dari BAAF Club.
 
Sesi-sesi ini bertujuan memberi pendedahan, memperluas kefahaman dan membuka ruang perkongsian pengalaman kepada para peserta.
 
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hasniah bt Ismail, Encik Mohamad Naim bin Shaffie selaku Ketua Program BAAF memberi penerangan kepada lebih kurang 68 orang pelajar scara keseluruhannya, KPM Beranang diiringi oleh Puan Nurazlina Suriani bt Zulkifly dan dari KPM Bandar Melaka, Puan Asma bt Ahmad Syukri. Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta memberi manfaat berterusan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan berilmu.
 
Scroll to Top