Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Selamat Datang Pelajar Baharu ke KPTM Bangi : Langkah Pertama ke Arah Kecemerlangan

Alhamdulillah, proses pendaftaran dan sesi lapor diri bagi pelajar baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bagi pengambilan sesi Julai 2025 telah selesai dengan jayanya pada hari Ahad, 6 Julai 2025.

Suasana di kampus KPTM Bangi penuh dengan keterujaan dan semangat baru apabila pelajar-pelajar baharu hadir seawal pagi bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing untuk memulakan langkah pertama dalam perjalanan akademik mereka. 

Seluruh warga kolej turut memainkan peranan penting dalam memastikan proses berjalan dengan teratur dan mesra, bermula daripada semakan dokumen, taklimat, hingga ke penempatan asrama.

Pihak kolej ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, khususnya kepada staf, mpp, serta barisan sukarelawan yang telah memberikan komitmen penuh demi kelancaran proses ini. 

KPTM Bangi juga mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baharu ke dalam komuniti kampus yang bukan sahaja mementingkan kecemerlangan akademik, malah juga pembangunan sahsiah dan kepimpinan.

Buat para pelajar, inilah masanya untuk melakar langkah pertama menuju kejayaan. Manfaatkan peluang yang ada, serlahkan potensi diri, dan teruskan usaha dengan semangat yang tinggi.

Selamat menuntut ilmu dan terus berjaya!
“WE LEAD YOU TO SUCCESS!”

Facebook Rasmi KPTM Bangi

Scroll to Top