
SELAMAT MAJU JAYA TEAM RAPTOR KPTM BANGI
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈!
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan penuh rasa bangga mengucapkan selamat berjuang kepada barisan atlet kolej yang akan mewakili dalam acara Sepak Takraw, Track & Field, serta Archery. Semoga setiap titik peluh, semangat juang yang tinggi serta latihan yang telah dijalani membuahkan hasil kejayaan yang cemerlang.
Kami percaya, dengan disiplin, fokus dan semangat kesukanan yang teguh, pasukan KPTM Bangi mampu mencipta pencapaian yang membanggakan serta mengharumkan nama kolej di pentas pertandingan.
Teruskan berjuang dengan penuh keyakinan, kerana setiap langkah dan usaha kalian adalah kebanggaan seluruh warga KPTM Bangi.