Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI,
 
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, saya mewakili seluruh warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada pelajar dan seluruh rakyat Malaysia.
 
Hari yang penuh makna ini mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga perpaduan, keharmonian dan semangat cintakan tanah air. Sebagai generasi pewaris, marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan terus mengekalkan keamanan serta berusaha memajukan diri dalam bidang ilmu dan kepakaran.
 
Kepada para pelajar, jadikanlah kemerdekaan ini sebagai inspirasi untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu dan menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.
 
“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera” menjadi pegangan kita dalam membina masa depan yang lebih gemilang.
 
Scroll to Top