
SESI PERKONGSIAN PERATURAN & UNDANG-UNDANG MELIBATKAN JAIS KEPADA PELAJAR
13 Februari 2025, Khamis
Pada hari ini Encik Ariff Alfian bin Norazman, Ketua Unit Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Hulu Langat telah hadir ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bagi menyampaikan nasihat-nasihat dan perkongsian mengenai Peraturan dan Undang-undang yang melibatkan JAIS.
Turut sama hadir ialah kakitangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta para mentor dari kalangan pensyarah yang gigih membimbing para pelajar dari masa ke semasa.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang undang-undang dan peraturan kepada para pelajar. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu lebih tenang, bersahsiah dan dihormati.
#kptmbangi #KPTMOfficial #jommasukkptmbangi #mara #kptm #jais