
SESI TOWN HALL BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF & PENGURUSAN TERTINGGI KPTM SDN. BHD.
SESI TOWN HALL BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGURUSAN TERTINGGI KPTM SDN. BHD.
19 Mei 2025, Isnin – Satu sesi townhall atau jerayawara bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) dengan staf KPTM, UPTM dan kampus cawangan secara atas talian, di Dewan Mawar, Ibu Pejabat KPTM.
Pada sesi jerayawara ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Radzuan bin Razali bersama barisan pengurusan tertinggi yang terlibat membentangkan laporan perkembangan KPTMSB bagi suku pertama pada tahun 2025 ini.
Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab yang dikendalikan menerusi aplikasi slido.
Sesi ini turut dihadiri Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Sheikh, Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, pengurusan tertinggi, pengurusan KPTMSB dan UPTM, warga kerja KPTM dan UPTM.