Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

SIRI 2 LAWATAN KERJA KERJA : KPTM BANGI PENUHI EKPEKTASI NLE30

SIRI 2 LAWATAN KERJA KERJA: KPTM BANGI PENUHI EKPEKTASI NLE30
 
5 Ogos 2025, Selasa
 
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi menjadi kampus pembuka tirai bagi siri 2 lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., hari ini.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Haji Radzuan bin Razali, dalam mencapai Pengukur Prestasi Utama (KPI) syarikat, KPTM Bangi berjaya memenuhi ekpektasi tagline Next Level of Excellence 2030 (NLE30) yang mula diperkenalkan pada tahun ini.
 
“Apa yang perlu diutamakan ialah pengurusan dan warga kerja KPTM Bangi perlu mencapai lebih tinggi bagi meningkatkan imej dan kreadibiliti kampus,” kata Haji Radzuan pada siri lawatan kerja suku kedua tahun 2025 di KPTM Bangi hari ini.
 
Antara yang hadir dalam sesi lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Operasi, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Kewangan, Puan Azlina binti Yusof, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, En Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Pengurusan & Pentadbiran Aset, Pn Noor Azhani binti Yaacob, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, En Mohd Asri bin Mohammad, Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan, En Sharul Anuar bin Harun, Pengurus Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Amir-Ul-Azmi, Pengarah Bahagian Akademik, Pn Noor Laili binti Abdullah dan barisan pengurusan KPTM Bangi.
Scroll to Top