Sumbangan Atas Kejayaan Pelajar KPTM Bangi Dalam Majlis Amanat Ketua Pengarah MARA 2026
Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman telah menyampaikan sumbangan penghargaan kepada dua (2) orang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi yang berjaya mengharumkan nama MARA dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sumbangan tersebut disampaikan sempena Majlis Amanat Ketua Pengarah MARA 2026.
Pelajar terlibat ialah Saudara Muhammad Emil Iman bin Nasrul Hadi, pelajar Program Diploma Perakaunan, yang berjaya meraih Pingat Gangsa dalam sukan Floorball pada temasya Sukan SEA Thailand 2025.
Turut menerima penghargaan ialah Saudara Iqbal Hazim bin Radzi, pelajar Diploma Pengurusan Sukan, KPTM Bangi, atas pencapaian cemerlang dalam ASEAN U19 Boys’ Futsal Championship yang berlangsung di Thailand.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelajar atas kejayaan membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga KPTM