
Taklimat Mentor Bersama Pensyarah Baharu
Pada 30 Mei 2025 (Jumaat), Taklimat Mentor Bersama Pensyarah Baharu telah berjaya dilaksanakan di Bilik Seminar KPTM Bangi. Taklimat ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan melibatkan penyertaan pensyarah-pensyarah baharu dari pelbagai jabatan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan pemahaman menyeluruh kepada pensyarah baharu mengenai pelaksanaan sistem Mentor Mentee di kolej. Antara pengisian utama termasuklah Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, peranan serta tanggungjawab mentor, kaedah pelaporan aktiviti mentor mentee, serta kepentingan hubungan profesional antara mentor dan mentee dalam membimbing pembangunan akademik dan sahsiah pelajar.
Sesi ini diharapkan dapat memantapkan kefahaman para pensyarah baharu serta memperkasakan pelaksanaan sistem bimbingan berstruktur yang selaras dengan aspirasi institusi dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.