Hubungi Kami
+603 8744 3700

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

UPTM UNGGULI KALAM 2025, KPTM BATU PAHAT RANGKUL NAIB JUARA

5 Oktober 2025, Ahad – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), mengungguli pertandingan Karnival Kebudayaan dan Kesenian Islam KPTM Se-Malaysia (KALAM) 2025 yang diadakan di KPTM Batu Pahat, 3 hingga 5 Oktober 2025.
 
Selaku juara keseluruhan, UPTM membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan piala pusingan.
 
Manakala gelaran naib juara disandang tuan rumah iaitu KPTM Batu Pahat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan pemenang tempat ketiga dimenangi oleh KPTM Bangi dengan hadiah wang tunai RM500.
 
Sebanyak sembilan acara dipertandingkan termasuk dua acara baru iaitu Who Wants To Be A Daie, Daie Spontan, Azan Subuh, Khutbah, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Khat, Marhaban dan Nasyid.
 
Majlis penutup KALAM 2025, disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Dr. Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin.
 
Turut hadir pada majlis penutup KALAM 2025, ialah Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPTMSB, Puan Zailina binti Zakaria, Pengarah HEP UPTM, Dr. Hasbullah bin Seman, Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, Pengarah-Pengarah Kolej Cawangan, para pengiring setiap kampus dan para peserta KALAM 2025.
 
WHO WANTS TO BE A DAIE
No 3: KPTM Alor Setar – Nur Zulaikha binti Umar
Naib juara: KPTM Ipoh – Nabihah Huda binti Irwan Shah
Juara: KPTM Bangi – Faqihah binti Jalaludin
 
DAIE SPONTAN
No 3: KPTM Batu Pahat – Mohd Anaqi Arsham bin Samsul
Naib juara: UPTM – Muhammad Hidayatullah bin Zahari
Juara: KPTM Kuantan – Muhammad Amirul Hakimi bin Sulaiman
 
AZAN SUBUH
No 3: KPTM Batu Pahat – Ahmad Nazri bin Abd Razak
Naib juara: KPTM Kota Bharu – Muhammad Hanif bin Marzuki
Juara: UPTM – Muhammad Najmuddin bin Mohd Nazid
 
KHUTBAH
No 3: KPTM Batu Pahat – Nik Muhammad Akasyah bin Fazilrul Isma
Naib juara: KPTM Bangi – Muhammad Nursahil Muharram bin Nor Azam
Juara: UPTM – Nik Muhammad Akasyah bin Fazilrul Isma
 
HAFAZAN (1-10 juzuk)
No 3: KPTM Kota Bharu – Humaidansoff bin Shamsuddin
Naib juara: KPTM Kuantan – Muhammad Nur Ikhwan bin Jasnira
Juara: KPTM Bangi – Nasrin Nabilah binti Suhaimi
 
HAFAZAN (1-15 juzuk)
No 3: KPTM Kota Bharu – Nur Jannah binti Shaharuddin
Naib juara: KPTM Kota Bharu – Muhamad Amirul bin Adnan
Juara: KPTM Batu Pahat – Nu’man Aniq bin Mohd Abdul Munaf
 
HAFAZAN (surah pilihan – al mulk, as sajadah dan al kahfi)
No 3: KPTM Kota Bharu – Naqiyyah Dalilah binti Mohd Ramli
Naib juara: KPTM Batu Pahat – Nu’man Aniq bin Mohd Abdul Manaf
Juara: KPTM Alor Setar – Zahraa
 
TILAWAH AL QURAN (kategori lelaki)
No 3: KPTM Bangi – Muhammad Danish Haikal bin Mosri
Naib juara: KPTM Alor Setar – Muhammad Luqman Elhakeem bin Mohd Rozi
Juara: KPTM Kota Bharu – Muhamad Amirul bin Adnan
 
TILAWAH AL QURAN (kategori wanita)
No 3: KPTM Ipoh – Nur Aeisya Sakinah binti Nazar
Naib juara: KPTM Kota Bharu – Nur Jannah binti Shaharuddin
Juara: KPTM Alor Setar – Hannan Najihah binti Hazmy
 
KHAT (kategori lelaki)
No 3: KPTM Batu Pahat – Ariff Damien bin Nazri
Naib juara: KPTM Alor Setar – Hussain bin Habib
Juara: KPTM Bangi – Adam Haqimi bin Khilaludi
 
KHAT (kategori wanita)
No 3: KPTM Ipoh – Nurzahidah binti Hafizi
Naib juara: KPTM Alor Setar – Nur Aina Najiha binti Khalimln
Juara: UPTM – Nur Ain Balqis binti Abdul Kahar
 
MARHABAN
No 3: KPTM Batu Pahat
Naib juara: KPTM Kuantan
Juara: UPTM
 
NASYID
No 3: KPTM Ipoh
Naib juara: UPTM
Juara: KPTM Batu Pahat
 
No 3 keseluruhan: KPTM Bangi
Naib juara keseluruhan: KPTM Batu Pahat
Juara keseluruhan: UPTM
 
Scroll to Top