Warga KPTM Bangi Terima Pingat SUMASEL 2025 Sempena Sambutan 60 Tahun MARA
Tahniah dan Syabas buat warga KPTM Bangi.
Alhamdulillah, kakitangan KPTM Bangi adalah antara penerima pingat dalam Majlis Penyerahan Pingat SUMASEL 2025 dan Fun Walk sempena Sambutan 60 Tahun MARA yang berlangsung pada 8 Februari 2026 (Ahad) yang lalu.
Penyampaian pingat tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah MARA Negeri Selangor.
Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen dan dedikasi berterusan warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam mendukung kecemerlangan ekosistem MARA. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti dengan lebih cemerlang.