TEH TARIK SESSION : MEDAN KOMUNIKASI DUA HALA PENGURUSAN DAN WARGA AKADEMIK KOLEJ POLY-TECH MARA

TEH TARIK SESSION : MEDAN KOMUNIKASI DUA HALA PENGURUSAN DAN WARGA AKADEMIK KOLEJ POLY-TECH MARA

Bangi, 1 Julai 2026 – Dalam usaha memperkukuh hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga akademik, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Tuan Haji Radzuan bin Razali, mengadakan sesi libat urus bersama para pensyarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) semua kampus cawangan menerusi program ‘Teh Tarik Session with KPTM Educators’ di sini hari ini.

Program yang berlangsung di Kampus KPTM Bangi serta disertai secara dalam talian oleh pensyarah di seluruh kampus cawangan KPTM ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi membolehkan para pensyarah berkongsi pandangan, idea serta maklum balas secara terus kepada pengurusan tertinggi dalam suasana yang santai, terbuka dan konstruktif.

Sesi ini turut menjadi medan untuk berkongsi aspirasi, memperkukuh kerjasama serta menyelaras hala tuju institusi ke arah melahirkan ekosistem pendidikan yang lebih dinamik, progresif dan berimpak tinggi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mudzir bin Mohamad; Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali; serta Pengarah Bahagian Akademik, Prof. Ts. Dr. Zahrah binti Yahya.

Selaras dengan komitmen KPTMSB untuk mengamalkan budaya komunikasi terbuka dan kepimpinan yang inklusif, sesi ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara pengurusan dan warga akademik, di samping menghimpunkan pandangan yang bernilai dalam memperkasakan kecemerlangan pendidikan KPTM.
 
#CORPCOM #KKDW #MARA #MARACORP #KPTM #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence #MerakyatkanMARA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #UnifiedEntity #BuildingTheNation #MenjunjungAmanah #60TahunMARA
Scroll to Top