HARI KETIGA INDUKSI KPTM BANGi
Alhamdulillah, hari ketiga sesi Induksi Pelajar Baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi berlangsung dengan penuh semangat, keceriaan dan penglibatan aktif daripada para pelajar.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, membina keyakinan diri serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar baharu. Wajah-wajah ceria dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa mereka semakin selesa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang minggu induksi ini menjadi permulaan yang terbaik dalam perjalanan sebagai warga KPTM Bangi.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu ambilan Julai 2026. Teruskan melangkah dengan yakin ke arah kecemerlangan!
#MARA #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence #KPTMBangi #InduksiKPTMBangi #PelajarBaharu2026 #AmbilanJulai2026 #KPTM #NextLevelOfExcellence #MARA #HariKetigaInduksi