Majlis Sambutan Hari Lahir Staf KPTM Bangi bagi bulan Januari hingga Julai 2026
Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bagi bulan Januari hingga Julai 2026 telah diraikan dalam suasana penuh ceria dan penuh kesyukuran pada 23 Julai 2026 di Bilik Seminar KPTM Bangi.
Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi Kelab KEKABA, Ustaz Mohd Fahimi bin Mohd Yusoff, diikuti ucapan oleh Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Asrul bin Mohd Salleh bagi memohon keberkatan serta kesejahteraan buat seluruh warga KPTM Bangi.
Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja KPTM Bangi. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua staf yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari hingga Julai. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta terus cemerlang dalam segala urusan.
#MARA #KPTM #UPTM #TowardsNextLevelOfExcellence #KPTMBangi #WargaKPTMBangi #SambutanHariLahir #KPTMPrihatin #KeluargaKPTMBangi