Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi 0726 (S)
Untuk makluman semua pelajar program Diploma sesi 0726 semester pendek, Peperiksaan Akhir Program Diploma KPTM Sesi 0726(S) akan dilaksanakan bermula dari 2 September hingga 8 September 2026.
Pelajar DIWAJIBKAN untuk
- Menjelaskan semua yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir.
- Melengkapkan SIE dan mencetak Slip Menduduki Peperiksaan dalam sistem SPMP.
- Mencetak Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan Sesi 0726(S) (pautan akan diberikan oleh pihak Bahagian Kewangan KPTM Bangi).
- Membawa Slip Menduduki Peperiksaan, Slip Semakan Kelayakan Menduduki Peperiksaan Sesi 0726(S) dan kad ID pelajar / Mykad pelajar semasa memasuki dewan peperiksaan.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam dewan peperiksaan sekiranya GAGAL membawa bersama dokumen tersebut.
Makluman berkaitan:
- Datang awal, sekurang-kurangnya 20 minit sebelum peperiksaan bermula.
- Pelajar yang tidak hadir peperiksaan Tanpa Sebab akan diberi status Gagal (ABX) bagi kursus yang berkenaan.
- Pelajar berkeperluan khas perlu menghantar surat permohonan kepada Timbalan Pengarah Akademik melalui Seksyen Perkhidmatan Akademik selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2026 (Rabu).
- Pelajar yang sakit atau tidak dapat menghadiri peperiksaan atas alasan kukuh yang lain perlu mengisi Borang Permohonan Peperiksaan Khas dan menyertakan bukti (MC asal atau dokumen berkaitan) di Kaunter Seksyen Perkhidmatan Akademik dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh peperiksaan diadakan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk makluman di bawah:
- Pertanyaan berkaitan kewangan – rujuk pihak Bahagian Kewangan.
- Pertanyaan berkaitan peperiksaan – rujuk pihak Seksyen Perkhidmatan Akademik.
Terima kasih.