PELAJAR BAAF KPTM BANGI TERPILIH KE SESI EKSKLUSIF AICPA & CIMA

PETALING JAYA, 23 September 2026 – Seramai 14 orang pelajar program Bachelor of Arts (Hons) in Accounting and Finance (BAAF) dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah terpilih untuk menyertai program eksklusif “Beyond Grades: Rise2040 – Envisioning the Future of Accounting and Finance” anjuran AICPA & CIMA yang berlangsung di CIMA KL Office, Petaling Jaya.

Daripada jumlah tersebut, empat (4) orang merupakan Duta KPTM CIMA (KPTM CIMA Ambassadors), manakala 10 orang lagi terdiri daripada pelajar cemerlang program BAAF. Mereka berpeluang menyertai sesi perkongsian ilmu bersama 60 orang pelajar universiti terpilih dari seluruh negara bagi meneroka perkembangan terkini, kemahiran profesional serta faktor perubahan yang bakal membentuk landskap industri perakaunan dan kewangan pada masa hadapan.

Program ini turut menampilkan sesi perkongsian eksklusif bersama Mr. Andrew Harding, CEO of Management Accounting, AICPA & CIMA, yang membincangkan hala tuju profesion perakaunan dan kewangan, perubahan landskap industri serta kepentingan penguasaan kemahiran baharu bagi memastikan graduan kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan global.

Penyertaan pelajar KPTM Bangi dalam program berprestij ini mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuh hubungan dengan badan profesional antarabangsa serta menyediakan peluang pembelajaran di luar bilik kuliah melalui pendedahan secara langsung kepada perkembangan industri.

Inisiatif seumpama ini juga menjadi platform penting untuk memperkasakan potensi pelajar, meningkatkan keyakinan diri serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dan peluang kerjaya dalam bidang perakaunan dan kewangan yang semakin dinamik.

KPTM Bangi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua 14 orang pelajar BAAF yang terpilih dan berharap agar pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai pemangkin kecemerlangan akademik, pembangunan profesional dan kejayaan kerjaya pada masa hadapan.

 
Scroll to Top