SafeSphere Exhibition 2026 Berjaya Dianjurkan, Perkukuh Kesedaran Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti
BANGI – Program SafeSphere Exhibition 2026 anjuran pelajar Semester 6, Program BS101, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebagai platform perkongsian ilmu, peningkatan kesedaran serta pendedahan berkaitan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam kalangan pelajar.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan serta kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan, para peserta berpeluang memperoleh maklumat, pengalaman serta pendedahan secara langsung daripada agensi-agensi yang terlibat.
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk barisan pensyarah, pihak pengurusan KPTM Bangi serta agensi jemputan yang hadir untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan maklumat bermanfaat kepada para pelajar.
Kejayaan penganjuran SafeSphere Exhibition 2026 juga merupakan hasil komitmen dan usaha gigih para pelajar Semester 6, Program BS101 yang memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung. Penglibatan aktif mereka dalam pengurusan reruai pameran, penyelarasan aktiviti serta pengendalian program telah memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal, di samping memupuk kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan acara.
Selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesejahteraan, program ini turut menjadi medium pembelajaran di luar bilik kuliah yang memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar.
Pihak KPTM Bangi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama serta komitmen dalam menjayakan SafeSphere Exhibition 2026. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, khususnya para pelajar Semester 6, Program BS101 atas dedikasi dan usaha yang telah dicurahkan.
Diharapkan agar segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh melalui penganjuran program ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan peka terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan bersama.
“Together, We Create Awareness. Together, We Build a Safer Community.”