LAWATAN PELAJAR KPTM BANGI KE STADIUM SULTAN IBRAHIM

Para pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bersama para pensyarah berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim melalui JDT Sport Tourism. Kunjungan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka stadium berkenaan dengan lebih dekat serta merasai pengalaman pelancongan sukan.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar menyertai JDT Stadium Tour yang membolehkan mereka melihat suasana stadium dengan lebih dekat. Lawatan ini turut diserikan dengan pengalaman menaiki JDT Hummer Tour, sekaligus menambah keunikan lawatan para pelajar ke Stadium Sultan Ibrahim.

Selain memberikan pengalaman baharu di luar bilik kuliah, kunjungan ini diharapkan dapat memperluas pengetahuan dan pendedahan pelajar terhadap pelancongan berasaskan sukan. Aktiviti seumpama ini juga membuka ruang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkongsi pengalaman dalam suasana santai.

KPTM Bangi merakamkan penghargaan kepada pihak JDT Sport Tourism atas kesudian menerima kunjungan para pelajar dan pensyarah. Semoga lawatan ini memberikan manfaat serta menjadi kenangan yang bermakna buat semua peserta.

Scroll to Top