HEP KPTM BANGI SANTUNI PELAJAR NON-RESIDEN MELALUI LAWATAN SOSIAL

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPTM Bangi telah mengadakan Lawatan Sosial ke Rumah Sewa Pelajar Non-Residen di sekitar Bandar Baru Bangi pada 8 Oktober 2026 (Khamis). Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif pihak kolej dalam memberikan perhatian terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang menetap di luar asrama.

Inisiatif ini bertujuan untuk mendekati para pelajar serta meninjau keadaan tempat tinggal mereka. Menerusi lawatan tersebut, pihak HEP turut memberikan nasihat dan sokongan moral bagi membantu pelajar menjalani kehidupan di luar kampus dengan lebih baik, di samping mengekalkan tumpuan terhadap pengajian.

Sebagai tanda keprihatinan, pihak HEP turut menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar yang dikunjungi. Pemberian ini mencerminkan perhatian dan sokongan pihak kolej terhadap kebajikan pelajar, termasuk mereka yang tinggal di luar kemudahan asrama.

Usaha seumpama ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara pihak kolej dan pelajar serta memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan warga KPTM Bangi. Semoga perhatian dan sokongan yang diberikan dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus cemerlang dalam pengajian.

Scroll to Top