KPTM JUARA KESELURUHAN FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA 2026

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 — Kontinjen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) mencatat kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Permainan Malaysia 2026 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, kesungguhan, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi seluruh kontinjen KPTM dalam mengharumkan nama institusi melalui penyertaan dalam pelbagai acara permainan tradisional warisan negara.

Pencapaian Kontinjen KPTM

AcaraPencapaian
Kelereng LelakiJuara
Kelereng PerempuanJuara
Sepak Raga RatusJuara
Congkak PerempuanJuara
Memanah PerempuanNaib Juara
Memanah LelakiJuara
Terompah Gergasi LelakiJuara
Terompah Gergasi PerempuanJuara
Galah Panjang LelakiJuara
Galah Panjang PerempuanJuara
Raja DijulangJuara
Menyumpit LelakiTempat Ketiga
Tuju Tin PerempuanJuara
Khemah TerbaikTempat Ketiga
Busana TerbaikSepak Raga Ratus

Pencapaian tersebut sekaligus membawa KPTM meraih gelaran Juara Keseluruhan, hasil dari prestasi konsisten para peserta dalam acara yang dipertandingkan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengiring serta seluruh warga KPTM yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta memperkukuh semangat kesukanan dan kecintaan terhadap permainan tradisional negara.

KPTM terus unggul, KPTM Juara Keseluruhan!

Scroll to Top