Sektor Pendaftaran dan Rekod Statistik (SPRS) merupakan salah satu unit sokongan akademik dan mempunyai beberapa fungsi. SPRS menjalankan pendaftaran pelajar serta pendaftaran kursus yang ditawarkan oleh pihak KPTM Bangi. SPRS juga bertanggungjawab terhadap rekod pelajar dan semua berkaitan dengannya, termasuk pengesahan status pelajar dan pengedaran skrol serta transkrip. SPRS KPTM Bangi terdiri daripada 5 orang kakitangan yang bertanggung jawab bagi menjalankan tugas dan amanah yang diberi.