Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

KEJOHANAN RAGBI 10'S PIALA KETUA PENGARAH MARA 2025

TAHNIAH !!

𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗴𝗯𝗶 𝟭𝟬’𝘀 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 telah melabuhkan tirai pada jam 6.45 petang di Stadium Juara, Sekolah Sukan Sultan Tungku Ismail (SSTMI) pada 9 Februari 2025.

Pasukan Ragbi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mendapat 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗲 di Kejohanan Ragbi 10’s Piala Ketua Pengarah MARA 2025 anjuran Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Kejohanan ini diadakan di Stadium Juara, Sekolah Sukan Sultan Tungku Ismail (SSTMI) pada 8 & 9 Februari 2025 yang lalu.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan) diiringi Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Puan Rafida binti Ab Manan, Pengarah MARA Negeri Johor serta barisan Pengurusan Bahagian Pengajian Tinggi MARA (BPT) dan KPM Bandar Penawar (KPMBP).

Turut serta dalam program ini Puan Norlin binti Abdullah, Timbalan Pengarah MARA Johor (Khidmat Pengurusan), Puan Nadya binti Mohamed, Pegawai MARA Daerah Kota Tinggi serta Encik Mohammad Haikal bin Abdullah.

Tahniah diucapkan atas komitmen luar biasa semua kontingen yang berjuang sehingga ke penamat. Semoga perlawanan ini menjadi medan membina semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan antara pemain, penyokong, staf dan institusi yang diwakili kontingen.

Keputusan perlawanan ragbi, sila layari : https://ragbi.carrd.co/

#kptmbangi #amazingkptm #kptmraptor #RagbiPialaKPMARA2025 #BangkitJuara #AdrenalinaRagbi

Scroll to Top