Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
Bahagian Kebajikan Pelajar berfungsi untuk memberi bantuan memastikan kebajikan pelajar terjamin.
Antara khidmat yang diberikan kepada pelajar adalah:-
INSURANS PELAJAR
- Perlindungan insuran di bawah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad.
- Tempoh perlindungan : 1 tahun
- Jenis tuntutan insuran pelajar :
- Tuntutan insuran kemalangan pelajar.
- Tuntutan insuran kematian pelajar.
- Pihak syarikat insuran akan menentukan sama ada tuntutan diluluskan atau tidak.
BANTUAN PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN PELAJAR
- Surat Jaminan Perubatan (GL) hanya diberikan kepada pelajar yang menghidapi penyakit selain daripada kriteria penyakit yang ditetapkan dalam pekeliling KUPTM atau KPTM.
- Hanya boleh digunakan di hospital atau klinik kerajaan atau hospital kelolaan universiti awam Malaysia (HUKM, HUSM dan sebagainya).
- Kelayakan wad adalah Wad Kelas dua.
- Jumlah perbelanjaan rawatan : RM 10,000.00 setahun.
KERTAS KERJA SUMBANGAN ATAP
Kemalangan (pelajar)
Lampiran yang diperlukan:
Gambar kecederaan
Pelajar menghidap penyakit kronik
Lampiran yang diperlukan:
Salinan memo/nota makluman daripada pihak hospital
Kematian ibu/bapa/ penjaga berdaftar
Lampiran yang diperlukan:
- Salinan sijil kematian ibu/bapa/ penjaga berdaftar
- Salinan sijil lahir pelajar
Kematian pelajar
Lampiran yang diperlukan:
Salinan sijil kematian pelajar
BANTUAN OKU DARIPADA KPT
Makluman kepada pelajar OKU
Pegawai Unit Kebajikan akan memberikan makluman melalui email, sms dan panggilan telefonPermohonan Bantuan OKU
- Pelajar mengisi borang permohonan Bantuan OKU dan menyediakan dokumen yang diperlukan
- Pelajar menyerahkan borang dan dokumen tersebut kepada Pegawai Unit Kebajikan melalui email atau serahan tangan
Jumlah bantuan yang diterima
Bantuan OKU yang diterima adalah tidak melebihi RM5000 setahun atau RM15 000 sepanjang tempoh pengajian
Kadar bantuan
Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran pengajian tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua bantuan.
Maklumat tambahan
Sekiranya bantuan OKU yang diterima tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan
Cara bantuan diberikan
Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada pihak kolej manakala elaun wang saku akan dimasukkan ke akaun bank pelajar