
SYABAS & TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN GEMILANG!
SYABAS DAN TAHNIAH!
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan DR. NURULAFIZA BINTI RAMLI menamatkan pengajian dan bergelar Doktor Falsafah (Business Adminstration) dibawah bimbingan supervisor beliau, Prof Dr. Farha binti Abdol Ghapar dan Dr. Shahri Bin Abu Seman.
Beliau telah berjaya melengkapkan PhD beliau dengan tesis bertajuk :-
“Determinants of Financial Well-Being Among Single Mothers in Malaysia : The Mediating Effect of Financial Behaviour.”
Usaha, pengorbanan dan ketabahan sepanjang perjalanan ini akhirnya membuahkan hasil. Semoga ilmu dan kepakaran yang dimiliki akan terus memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.
Ini bukan penamat, tapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai.
Kami dari Warga Kolej Poly-Tech MARA Bangi mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian anda.