Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

PROGRAM BERSAMA ALUMNI : "APA KHABAR SENIOR"

Program Bersama Alumni : “Apa khabar Senior”
 
Telah berlangsung satu Program “Apa khabar Senior” yang diadakan di Auditorium Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi dan disampaikan oleh Kapten Imran Ismail atau lebih dikenali sebagai Kapten Imran Tom, seorang alumni yang berjaya dalam bidang perniagaan.
 
Beliau juga merupakan President of Air Adventure Flying Club (AAFC).
 
Program ini dilangsungkan dengan kerjasama Persatuan Alumni KPTM Bangi. Program telah dihadiri oleh 250 orang pelajar KPTM Bangi yang terdiri dari pelbagai program seperti Diploma Perbankan dan Kewangan Islam, Diploma Pengurusan Sukan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma TESL dan Diploma Perakauanan.
 
Turut hadir ialah Encik Muhammad Hanafi Jalalludin, Presiden Persatuan Alumni KPTM Bangi.
 
Antara objektif program ialah memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar.
 
Semoga program ini membantu membina hubungan yang lebih erat antara alumni dan pelajar semasa serta membuka peluang untuk kerjasama profesional di masa depan.
 
Scroll to Top