
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH
Al-Fatihah.
Warga KPTM Bangi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nurdinie Farahiyah binti Abu Bakar, pelajar semester 5 dari Diploma In Islamic Banking and Finance yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Mei 2025 (Isnin) bersamaan 15 Zulkaedah 1446H.
Beberapa orang wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Mentor, pensyarah dan rakan-rakan pelajar telah menziarahi keluarga arwah pelajar di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Wakil-wakil kolej turut hadir sewaktu jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah di atas pemergian anakanda tercinta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ