
TAKLIMAT WAKAF MARA MADANI (WMM) BERSAMA TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PELABURAN & PEMBANGUNAN SUBSIDIARI MARA
📅 20 Mei 2025, Selasa
Satu sesi taklimat bermanfaat telah diadakan pada 20 Mei 2025 melibatkan pihak MARA dan warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Bangi. Program ini menampilkan Timbalan Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA sebagai penceramah utama dalam Sesi Taklimat Wakaf MARA MADANI (WMM).
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman mendalam tentang konsep wakaf moden, inisiatif Wakaf MARA MADANI, serta bagaimana peranan wakaf boleh menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi ummah.
Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk sumbangan wakaf, manfaat jangka panjangnya, dan peluang untuk turut serta dalam menyokong pembangunan institusi pendidikan melalui platform WMM.
Pihak KPTM Bangi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MARA atas kesudian berkongsi ilmu serta membuka ruang kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.