Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

PROGRAM TEAM RETREATS

 
✨ “Bersatu Menuju Kecemerlangan”
📍 Kem Laman Cikgu, Tanjung Karang
📅 23 – 25 Mei 2025
 
Unit Kaunseling KPTM Bangi telah berjaya menganjurkan Program Team Retreats yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Laman Cikgu, Tanjung Karang, Selangor. Program ini melibatkan seramai 37 orang pelajar dari pelbagai program pengajian.
 
🎯 Objektif program ini adalah untuk:
✅ Meningkatkan kerjasama & komunikasi antara pelajar
✅ Membantu pelajar menetapkan matlamat akademik secara lebih berstruktur
✅ Memberi ruang refleksi terhadap cabaran & pencapaian akademik
✅ Memperkasa kemahiran insaniah seperti kepimpinan & pengurusan masa
 
💡 Pelbagai pendekatan telah digunakan sepanjang program, antaranya:
📚 Taklimat interaktif
👥 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
🎯 Aktiviti luar (outdoor team games)
🧠 Bimbingan individu & refleksi kumpulan
 
Antara aktiviti menarik yang dijalankan:
✨ Ice-breaking
🔎 Explorace Ilmu
💌 Refleksi Diri & Surat Untuk Diri Sendiri
💬 Peserta menyifatkan program ini sebagai satu pengalaman bermakna yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi dorongan positif untuk terus berusaha dalam pengajian.
 
Terima kasih kepada semua peserta, fasilitator dan urus setia yang menjayakan program ini! Semoga segala ilmu dan pengalaman dapat dimanfaatkan ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.
 

Facebook Rasmi KPTM Bangi

Scroll to Top