
PROGRAM BERSAMA ALUMNI - LAWATAN KE HANGAR LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, SUBANG
“APA KHABAR SENIOR”
PROGRAM BERSAMA ALUMNI – LAWATAN KE HANGAR LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, SUBANG
Seramai 40 orang pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dari pelbagai program telah menghadiri aturcara lawatan VIP anjuran Persatuan Alumni KPTM Bangi.
Pelajar telah telah dibawa melawat ke Hangar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Turut serta ialah Pengarah KPTM Bangi Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad, Presiden Persatuan Alumni Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin dan AJK Persatuan iaitu Puan Zuridah Md Hassim serta Majlis Perwakilan Pelajar.
Alumni KPTM Bangi iaitu Kapten Imran Ismail yang juga Presiden Air Adventure Flying Club serta Pengarah Bukan Eksekutif, Tom Manas Sdn Bhd, telah meluangkan masa membawa para pelajar melawat sekitar hangar.
Peserta juga telah dibawa melawat Airport Fire Rescue Service (AFRS) dan juga Pejabat Meteorologi di Terminal Dua.
Pengalaman menyaksikan sendiri kerjaya dan kejayaan alumni merupakan nilai tambah yang dijangka dapat melonjakkan motivasi pelajar dan seterusnya memberi nilai tambah yang tidak ternilai kepada para pelajar KPTM Bangi.
Terima kasih alumni.