
Lawatan Sekolah SMU(A) Tarbiah Islamiah, Kg Kuala Kajang, Tanah Merah, Kelantan ke KPTM Bangi.
Lawatan Sekolah SMU(A) Tarbiah Islamiah, Kg Kuala Kajang, Tanah Merah, Kelantan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.
Pada 17 Julai 2025, KPTM Bangi telah menerima kunjungan istimewa daripada warga SMU(A) Tarbiah Islamiah, Kg Kuala Kajang, Tanah Merah, Kelantan, yang hadir untuk sesi lawatan sambil belajar ke kampus kami.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta peluang pendidikan yang ditawarkan di KPTM Bangi.
Para pelajar turut dibawa melawat kemudahan-kemudahan utama seperti makmal komputer, bilik kuliah, gymnasium dan ruang pelajar, serta diberikan taklimat ringkas mengenai program-program yang ditawarkan.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kunjungan ini. Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan semangat kepada para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi!