
MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL PERDANA DI MASJID TERAS JERNANG BUAT MANGSA KEMALANGAN MOTOSIKAL KPTM BANGI
MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL PERDANA DI MASJID TERAS JERNANG BUAT MANGSA KEMALANGAN MOTOSIKAL KPTM BANGI
Bandar Baru Bangi, 29 Julai 2025 – Seramai 300 orang pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi bersama-sama jemaah kariah Masjid Teras Jernang telah berkumpul malam tadi bagi Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana. Majlis ini diadakan khusus untuk mendoakan pelajar-pelajar KPTM Bangi yang terlibat dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya KL-Seremban baru-baru ini.
Majlis ini menunjukkan solidariti dan keprihatinan komuniti KPTM Bangi serta penduduk setempat terhadap insiden yang menimpa. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pengarah KPTM Bangi Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad, serta sebahagian keluarga mangsa yang turut serta dalam majlis bacaan Yassin dan tahlil.
Doa selamat turut dipanjangkan buat mangsa yang cedera dan masih menerima rawatan di hospital, semoga diberi kesembuhan segera dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Majlis diakhiri dengan makan malam sumbangan KPTM Bangi