
KARNIVAL PENDIDIKAN TAHFIZ 2025
Pada hari sabtu yang lepas adalah hari yang bermakna buat Akademi Lembah Ilmu kerana telah menjayakan Karnival Pendidikan Tahfiz 2025 dengan penuh meriah dan bergemerlapan bak bintang dilangit.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur yang sudi memeriahkan majlis ini yang mana salah satu dari penganjur bersama program tersebut adalah Kolej Poly-Tech MARA, Bangi serta MARA Selangor dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).
Turut menyertai program ini adalah institusi-institusi IPMA serta pusat pengajian tinggi lain yang berprestij seperti ACIS UITM, UIS, UTM, KAGAT, UPSI, Uni SIRAJ dan lain-lain lagi sebagai pempamer di reruai yang telah disediakan.
Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Ybhg. Ir. Dr. Mahzan Bin Teh selaku Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA dan diiringi oleh Pengarah KPTM Bangi Encik Ku Mohd Akhir Bin Ku Saad serta VIP yang lain.
Sebagai penganjur bersama untuk program ini, pihak Kolej Poly-Tech MARA Bangi mendoakan semoga Akademi Lembah Ilmu akan terus bersinar memacu generasi huffaz yang bertakwa dan mencorakkan generasi anak muda yang lebih berjaya.