Hubungi Kami
+60 38925 8309

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

LAWATAN SOSIAL HEP KPTM BANGI KE KEDIAMAN NON RESIDENT

Pada 15 Ogos 2025, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah mengadakan lawatan sosial ke rumah sewa pelajar non resident. Sebanyak empat (4) buah rumah telah dilawati iaitu di Residensi Ostia, Residensi Adelia dan Savanna Executive Suites.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan kesejahteraan pelajar, memantau disiplin, serta memberikan sokongan moral kepada mereka. Kunjungan ini turut disertai oleh wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
 
Dalam kunjungan ini, pihak HEP juga telah menyampaikan sumbangan makanan kepada para pelajar terlibat sebagai tanda keprihatinan pihak kolej terhadap kebajikan mereka.
 
Semoga para penuntut ilmu ini sentiasa diberikan keberkatan dan dirahmati Allah SWT dalam menuntut ilmu serta menjalani kehidupan seharian.
 
Scroll to Top