Hubungi Kami
+603 8744 3700

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Alhamdulillah dan Tahniah!

Warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada saudari Dhia Batrisya Binti Norfaizal Riza, pelajar Program BS101, yang telah menerima Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya (Kategori Sukan) daripada World Youth Foundation, Melaka.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama beliau, malah turut mengangkat nama KPTM Bangi di peringkat yang lebih tinggi. Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap bakat, usaha gigih dan dedikasi beliau dalam bidang sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga KPTM Bangi untuk terus cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri.

✨ Tahniah sekali lagi, Dhia Batrisya! KPTM Bangi bangga dengan pencapaian anda.

 
Scroll to Top