Hubungi Kami
+603 8744 3700

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

HARI SIHAT KPTM BANGI 2025

8 Oktober 2025, Rabu.
 
*HARI SIHAT KPTM BANGI 2025*
 
Program Hari Sihat KPTM Bangi telah berlangsung pada 8/10/2025 (Rabu). Bertemakan KPTM Bangi Aktif, Sihat dan Proaktif ini dianjurkan oleh Seksyen Jaminan Kualiti dengan kerjasama Seksyen Sumber Manusia, Pusat Sumber, Jabatan Sukan dan Rekreasi, BA. (Hons) in Accounting and Finance (BAAF) Club, Hospital Pakar An-Nur dan Pusat Darah Negara.
 
Objektif penganjuran adalah untuk memastikan setiap warga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi sentiasa sihat dan cergas. Aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, brisk walk, ceramah kesihatan bertajuk ‘Sihat Tanpa 3 Serangkai’, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada jawatankuasa pelaksana, seluruh warga KPTM Bangi dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan penganjuran program ini.
 
KPTM Bangi menyokong usaha berterusan untuk menambah bekalan darah negara, selaras dengan hasrat kolej meningkatkan keprihatinan sosial serta membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga KPTM Bangi.
 
Sehingga bertemu lagi di program Hari Sihat di tahun hadapan.
 
KPTM BANGI AKTIF, SIHAT DAN PROAKTIF!
 
Scroll to Top