
LAWATAN AKADEMI LEMBAH ILMU (AKLI) KE KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
8 Oktober 2025, Rabu.
LAWATAN AKADEMI LEMBAH ILMU (AKLI) KE KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
Pada hari ini, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi berbesar hati menerima kunjungan daripada Akademi Lembah Ilmu (AKLI) dalam sesi lawatan akademik dan jaringan kolaborasi antara institusi.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan serta berkongsi amalan terbaik bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengurusan institusi.
Pihak KPTM Bangi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga AKLI atas kesudian melawat dan menjalin kerjasama strategik ini. Semoga hubungan yang terjalin akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.