
Keseronokan Hari Sihat KPTM Bangi!
8 Oktober 2025, Rabu.
Keseronokan Hari Sihat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi!
Bukan main semangat warga KPTM Bangi sempena Hari Sihat kali ni!
Selain aktiviti senamrobik dan pemeriksaan kesihatan, semangat teamwork memang terserlah bila staf kita turut sama sertai permainan galah panjang, tuju tin dan tarik upih!
Macam-macam aksi lucu dan semangat juang kita nampak — tapi yang penting, semua bergembira sambil sihat bersama.
Terima kasih kepada semua warga kampus yang turun padang menjayakan program ni.
Semoga semangat sihat dan ceria ni terus berpanjangan!