
KPTM SDN. BHD. RAIKAN 170 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN SETIA 2024/2025
KPTM SDN. BHD. RAIKAN 170 PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN SETIA 2024/2025
9 Oktober 2025, Khamis – Seramai 170 staf Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) yang telah lama menabur bakti di KPTMSB, diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2024/2025, di Dewan Besar, KPTM Bangi.
Sebanyak lima (5) kategori anugerah, iaitu Anugerah Khidmat Citra, Anugerah Khidmat Waja, Anugerah Khidmat Bakti, Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Sanjungan Budi telah disampaikan kepada staf dari pelbagai kampus cawangan terdiri daripada Kampus UPTM, Bangi, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, Batu Pahat dan Ipoh.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tn. Hj. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Shamsulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTMSB.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ahli Pengurusan Tertinggi KPTMSB, Ahli-Ahli Pengurusan KPTM dan UPTM serta wakil staf dari seluruh kampus cawangan KPTM dan UPTM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah.
Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang di masa akan datang!