KPTM Bangi Terima Kunjungan Lawatan Ilmiah dari SM St. Dominic, Sabah
21 Oktober 2025, Selasa.
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan sukacitanya menerima kunjungan daripada SM St. Dominic, Sabah dalam satu lawatan ilmiah yang telah berlangsung baru-baru ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pengajian di KPTM Bangi serta suasana pembelajaran di institusi pendidikan di bawah MARA ini.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian berkunjung ke KPTM Bangi. Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran.