Hubungi Kami
+603 8744 3700

Pertanyaan Lanjut
kptmbangi@gapps.kptm.edu.my

Wira Maya Mara Tutup Kempen MAKSPEN XV 2025 Dengan Emas

     PUTRAJAYA, 25 Oktober 2025 – Pasukan Mobile Legends Majlis Amanah Rakyat (MARA) menutup tirai penyertaan di Kejohanan Sukan MAKSPEN XV 2025 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 3 – 1 dalam aksi final E-Sport yang berlangsung di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.
 
     Di bawah bimbingan pengurus Encik Muhammad Ashraf Husni bin Nur Hashim dari Bahagian Kewangan MARA, skuad maya ini dibarisi pemain berbakat yang terdiri daripada Ahmad Faisal bin Anuar (Bahagian Undang-Undang MARA), Fakhrul Wafi bin Saiful Azman, Muhammad Syafiq Ikhwan bin Mohd Kharun, Muhammad Hilmi bin Mohamad Arif dan Muhammad Zuhaili bin Ahmad Zahari dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, selain Muhammad Badruddin bin Rahamat (MRSM Tun Ghafar Baba) serta Mohamad Azam bin Ahmad Jamal (Bahagian Kewangan MARA).
 
     Aksi final menyaksikan persembahan bertenaga daripada kesemua pemain dengan strategi kemas dan kerjasama pasukan yang tersusun rapi. MARA menguasai rentak permainan sejak awal dan berjaya menundukkan JAKOA 3 – 1 bagi memastikan emas terakhir menjadi milik mereka.
 
     Kemenangan itu melengkapkan pencapaian kontinjen MARA di MAKSPEN XV 2025 dengan kutipan keseluruhan satu emas (E-Sport Mobile Legends), dua perak (Badminton dan Batu Seremban) serta tiga gangsa (Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Wanita).
 
     Pasukan Bola Sepak, Dart dan Ping Pong pula mara ke peringkat suku akhir, manakala pasukan Congkak memberikan saingan sengit di peringkat kumpulan.
 
     Kejayaan ini menjadi penutup berharga buat kontinjen MARA yang berjaya mengekalkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
 
Scroll to Top