TAHNIAH PELAJAR KPTM BANGI TERIMA BANTUAN SKIM DANA EHSAN PENDIDIKAN (SDEP)
Seramai 20 orang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah menerima Bantuan Kewangan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) sempena Program Pemerkasaan Wanita 2025 MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Peringkat Negeri Selangor.
Program anjuran Pejabat MARA Negeri Selangor ini telah diadakan pada 25 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Acara Nice Banquet, Rawang dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA.
MARA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah bekerjasama menyediakan bantuan kewangan melalui Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) bagi membantu pelajar-pelajar daripada golongan kurang berkemampuan sebagai persediaan memulakan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terpilih! Semoga bantuan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha gigih dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.