Majlis Perasmian Penutup Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE’25)
16 Disember 2025, Selasa.
Auditorium, Bangunan Integrasi KPTM Bangi.
Majlis Perasmian Penutup Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE’25) telah berjaya dilaksanakan pada 16 Disember 2025 bertempat di Dewan Auditorium, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPTM Bangi, Encik Ku Mohd Akhir bin Ku Saad. Program ini dianjurkan oleh Kelab Inovasi dan Kreatif (KIK) KPTM Bangi dengan kerjasama Unit Penyelidikan dan Penerbitan (UPP) KPTM Bangi, bertujuan bagi meraikan para pemenang VICE’25 mengikut kategori masing-masing sepanjang pertandingan dijalankan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat (VVIP) dari dalam dan luar institusi, antaranya Profesor Madya Dr. Nazefah Binti Abdul Hamid, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Shahri Bin Abu Seman, Pensyarah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta Ts. Abdul Mueiz Bin Rosli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Selain kehadiran staf dan pelajar KPTM Bangi yang terlibat dalam pertandingan VICE’25, majlis ini turut melibatkan kehadiran daripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah serta institusi lain. Secara keseluruhannya, sebanyak 278 penyertaan projek inovasi telah diterima daripada pelbagai universiti, kolej dan sekolah daripada seluruh Malaysia bagi pertandingan VICE pada tahun ini. Di samping itu, peserta VICE’25 yang menghantar artikel penuh juga akan dimasukkan dalam e-proceeding pada hujung tahun ini. Ini membuktikan kejayaan VICE’25 sebagai platform yang berkesan dalam memupuk inovasi, kolaborasi akademik dan perkongsian ilmu di peringkat lebih luas.