KUNJUNGAN HORMAT KE KOLEJ PROFESSIONAL MARA BANDAR MELAKA

 
Pada hari yang mulia ini menyaksikan 25 staff akademik termasuk Timbalan Pengarah bersama barisan Dekan dan Ketua Jabatan berkunjung ke Kolej Professional MARA (KPM) Bandar Melaka bagi memantapkan lagi organisasi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam pembelajaran melalui sesi pertukaran minda dan idea kesarjanaan masing-masing dalam menguruskan kecemerlangan serta kemenjadian pelajar.
 
Rombongan disambut oleh Tuan Pengarah KPM Melaka Ustaz Md Zan Bin Md Yausof serta barisan tertinggi pengurusan KPM Melaka dengan penuh gemilang serta berprestij untuk dikenang.
 
Sesi perbincangan yang dilihat dari mata kasar seperti santai sebenarnya penuh dengan makna yang mendalam dan banyak perkara baru dapat dipelajari dari sesi kali ini..
 
Tatkala perbincangan sedang berjalan terdapat beberapa momen indah yang berlaku.
 
Semoga perbincangan ini mendapat rahmat dan berkat serta segala idea dan usaha yang dilakukan untuk kemenjadian pelajar ini mendapat balasan pahala yang besar disisi Tuhan yang Esa
 
Scroll to Top