Khidmat Masyarakat | CSR Pelajar KPTM Bangi

Seramai 30 orang pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah melaksanakan program Infaq Jumaat dengan kerjasama Masjid Teras Jernang pada 16 Januari 2026 (Jumaat).
 
Sebanyak 500 pek makanan telah disediakan dan diedarkan kepada jemaah sebelum solat Jumaat hasil usaha gotong-royong pelajar dan AJK masjid yang bermula sejak malam Khamis.
 
Program ini turut diserikan dengan Majlis Serahan 10 pasang telekung oleh pelajar KPTM kepada pihak masjid sebagai tanda sumbangan dan keprihatinan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengarah program Cik Amira Arisa, penasihat Puan Azinah Yaakub, serta pihak Masjid Teras Jernang yang diketuai Nazir MTJ, Ts. Ustaz Hj. Hafidzan Faudzi atas sokongan dan penghargaan yang diberikan.
 
Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar dan menjadi amalan berterusan dalam membentuk pelajar yang prihatin serta berjiwa masyarakat.
 
Scroll to Top